ISKANDAR PUTERI: Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC Bojan Hodak menafikan khabar angin tunggakan gaji telah menjejaskan tumpuan pemain dalam persiapan untuk berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada final Piala FA 2023, malam esok.
Hodak sebaliknya berharap agar barisan pengadil yang ditugaskan mengadili aksi di Stadium Sultan Ibrahim di sini dapat mengawal perlawanan akhir itu dengan baik.
Pengendali kelahiran Crotia itu berkata walaupun berlaku sedikit kelewatan pembayaran gaji namun beliau yakin anak buahnya bersikap profesional dan bersemangat untuk mencipta kemenangan sulung mereka musim ini.
"Gaji, agak sedikit lambat tapi pemain bersikap profesional. Ini adalah final dan semestinya isu ini tidak akan menjejaskan persembahan mereka," katanya pada sidang media praperlawanan akhir Piala FA 2023 di sini hari ini.
Jurulatih berusia 52 tahun itu berkata skuad The City Boys tidak mempunyai tekanan selepas ramai menjangkakan JDT adalah calon pilihan bagi menjulang Piala FA dengan rekod cemerlang musim ini tanpa sebarang kekalahan dalam mana-mana pertandingan, selain berjaya mencatat 17 kemenangan berturut-turut dalam kempen Liga Super.
"Ramai menjangkakan JDT akan menang, jadi tiada tekanan terhadap kami. Kita sudah layak ke final, kita berharap dapat bermain dengan baik dan semoga menghasilkan keputusan positif...Seperti saya katakan, saya cuma harap ada pengadil yang bagus boleh mengawal perlawanan dengan baik," katanya.
Cabaran getir menanti KL City untuk menumbangkan JDT selepas anak buah Hodak tewas 0-3 dan 1-6 dalam dua perlawanan Liga Super musim ini, namun The City Boys pernah mengejutkan Harimau Selatan 2-0 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2021.
Sementara itu, Ketua Jurulatih JDT Esteban Solari berkata persiapan pasukan berjalan lancar dan kesemua pemain bebas daripada kecederaan.
Menyifatkan pertemuan malam esok sebagai sukar dan penting untuk mempertahankan kejuaraan, bekas pemain Argentina itu mengingatkan para pemain untuk bersedia dari segi fizikal dan mental.
"...dalam perlawanan ini, kita perlu bermain dengan semangat yang sama dan kekal tenang tetapi persediaan mental dan fizikal adalah sangat penting," katanya.
Walaupun akan beraksi di hadapan penonton sendiri memberi kelebihan kepada mereka, namun Solari mengakui JDT tidak boleh mengambil mudah pasukan KL City FC.
Untuk rekod, Stadium Sultan Ibrahim boleh memuatkan 40,000 penonton dan tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir malam esok telah habis dijual.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2023
Hodak berharap barisan pengadil yang ditugaskan mengadili aksi di Stadium Sultan Ibrahim dapat mengawal perlawanan akhir itu dengan baik. - Gambar fail
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilion berbanding April 2023.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Kami janji bawa balik Piala FA ke Old Trafford - Erik ten Hag
Manchester United akan beri segalanya di Final Piala FA menentang Manchester City pada 25 Mei ini.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Cabaran puasa Diallo
Amad Diallo yang meledak gol kemenangan ketika Manchester United menewaskan Liverpool 4-3 pada suku akhir Piala FA bermain ketika berpuasa.
Klopp hilang sabar dengan wartawan susulan tewas kepada Manchester United
Jurgen Klopp berang dengan 'soalan bodoh' wartawan selepas Liverpool tewas dalam aksi suku akhir Piala FA kepada Manchester United.
Piala FA: Manchester United tunjuk Liverpool jalan keluar
Dua gol dalam tempoh tiga minit dijelmakan Alexis Mac Allister dan Mohamed Salah menjelang penghujung separuh masa pertama.
Piala FA: Manchester United bakal terima kunjungan Liverpool
The Reds masih berpotensi menjuarai tiga gelaran selepas mengatasi Chelsea dalam final Piala Carabao dan Southampton dalam Piala FA.
Piala FA: Pemain muda sekali lagi serlah kemampuan bawa Liverpool ke suku akhir
Kemenangan itu hanya tiga hari selepas menjuarai Piala Carabao ke atas Chelsea.